Tiada 'gurau kasar', Ultras nyanyi 'Negaraku' bersama pemain selepas tewas

  • 6 years ago
Jika pada Jumaat lalu, kumpulan penyokong Malaysia Ultras Malaya menunggu di laluan bas di luar stadium untuk 'bergurau kasar' bersama pemain dan jurulatih Harimau Malaya.

Namun semalam Ultras tidak lagi 'bergurau kasar', sebaliknya kumpulan penyokong itu berdiri teguh menyanyikan 'Lagu Negaraku' bersama pemain yang berada dipadang sebaik tamat perlawanan

Sebelum ini tindakan ultras yang menunggu di laluan bas pasukan Malaysia dengan jeritan dan kata-kata kurang enak terhadap pemain dan jurulatih dikritik.

Namun kumpulan itu berkata tindakan itu adalah sekadar bergurau kasar dan tidak mempunyai niat lain.