‘Tiada lagi kerjasama bertulis antara kerajaan dan PH selepas ini’

  • 2 years ago
Kerajaan dan Pakatan Harapan telah mencapai persetujuan bahawa tidak akan ada lagi perjanjian atau MoU baru yang akan dimeterai selepas ini, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri itu berkata, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kedua pihak tahun lalu akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.