Pasar di PJ lama ditutup selepas peniaga positif Covid-19
  • 4 years ago
Pasar di bandar lama Petaling Jaya akan ditutup selama lima hari bermula hari ini selepas seorang peniaga diuji positif Covid-19 pada 25 April.

Aktiviti pembasmian kuman dilakukan pagi ini dan semua peniaga pasar di sepanjang Jalan Othman disarankan untuk datang menjalani pemeriksaan kesihatan di pasar pada hari Rabu, 29 April.