Selangor Mansion, Malayan Mansion dibawah PKPD selepas 15 kes positif
  • 4 years ago
Kerajaan mengarahkan bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di ibu negara diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berikutan wabak Covid-19.

Menteri Pertahanan (keselamatan), Ismail Sabri berkata, ini selepas terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 dikesan di bangunan yang terletak di Jalan Masjid India itu.

Ia merupakan arahan keempat PKPD sejak pertama kali diumumkan di dua buah kampung di Simpang Renggam, Johor pada 27 Mac lalu.
Recommended