Selepas viral video pemandu lori merayu, Menteri jumpa, 'hidup' lesen semula
  • 3 years ago
Seorang pemandu lori dari Ipoh yang lesennya telah digantung kerana mempunyai saman yang banyak dikeluarkan dari senarai hitam.

Malah pemandu tersebut S. Arumugam telah menerima semula lesen yang diperbaharui untuk tempoh selama lima tahun daripada Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong semalam.

Ka Siong bertemu dengan pemandu itu selama lebih sejam selepas video Arumugam merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak menyenarai hitamkan lesennya.