Selepas dikecam, pemandu wanita hambur kata kesat mohon maaf
  • 3 years ago
Pemandu wanita yang menerima kecaman warga maya berikutan videonya yang tular mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu lain telah membuat permohonan maaf.

Selasa lalu, tular video wanita itu memaki hamun seorang pemandu lelaki susulan keretanya hampir bertembung dengan kereta pemuda tersebut setelah melakukan pusingan U secara merbahaya.