Video ikan beku hidup semula selepas masuk air

  • 8 years ago
Satu video memaparkan satu kejadian pelik seekor ikan beku hidup semula selepas dimasukkan ke dalam air viral di laman sosial.

Video berdurasi lebih dua minit itu memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ikan dari tempat pembeku dan meletakkannya ke dalam air hingga ikan tersebut hidup berenang seperti biasa.

Kejadian ini dipercayai berlaku di luar negara dan telah ditonton lebih sejuta dan mendapat kongsian lebih 10 ribu.