Waris nekad balas dendam selepas baham mangsa

  • 8 years ago
Selepas operasi mencari sisa tubuh Richard Shutine Tambi, 57, yang dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Nakat, Kabong pada 27 Mac lalu menemui jalan buntu, penduduk kampung bersepakat menggunakan khidmat pawang buaya untuk memburu reptilia yang menyerang mangsa itu.

Penduduk dengan persetujuan keluarga Richard nekad menggunakan khidmat pawang buaya itu sehari selepas kaki mangsa ditemui pada 5 April, manakala kepalanya ditemui keesokannya.

Selepas tiga hari melakukan ritual untuk memerangkap buaya itu, kelmarin dua buaya bersaiz tiga meter timbul di kawasan sungai di kampung itu, manakala seekor lagi ditemui mati di tebing sungai.

Penduduk kampung terus menangkap buaya berkenaan dan dibawa ke darat untuk diperiksa.