Sivarasa dakwa SPRM 'balas dendam' lepas bangkit isu saham Azam
  • 2 years ago
Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa mengecam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendakwa pertuduhan rasuah ke atas ahli keluarganya sebagai tindakan balas dendam susulan kelantangannya terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Sivarasa adalah Ahli Parlimen pertama membangkitkan isu pemilikan saham Azam di Parlimen dan sejak itu, ia membawa kepada pelbagai siasatan selain kecaman orang ramai.