Guan Eng dakwa SPRM bohong mengenai larangan masuk ke Sabah
  • 4 years ago
Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbohong apabila menafikan usaha menyekatnya memasuki Sabah pada malam Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan, Lim berkata Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal telah mengesahkan secara peribadi bahawa dia pada mulanya disekat memasuki Sabah kerana berada dalam senarai pemantauan SPRM.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu.