Guan Eng- Tuduhan ini tidak berasas, SPRM tak pernah minta bukti
  • 4 years ago
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menegaskan bahawa tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya adalah bermotifkan politik untuk menjatuhkan reputasinya.

Lim mengulangi bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang wang suapan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga tidak pernah meminta beliau mengemukakan sebaran bukti mengenai wang tersebut.

Terdahulu Lim mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.