Tuduhan itu tidak berasas sama sekali!, kata Najib
  • 6 years ago
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menafikan dakwaan beliau memanggil mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada malam 9 Mei, di saat keputusan PRU ke-14 jelas menunjukkan kekalahan BN di Parlimen pagi tadi.

Menurut Najib beliau adalah seorang yang percaya kepada prinsip demokrasi dan akur kepadanya.

Ucapan Najib cuba dicelah oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer namun tidak diberi laluan oleh Najib.

Najib sebelum ini dalam wawancara eksklusif dengan portal Malaysiakini telahpun menafikan dakwaan itu.

Untuk rekod 9 Mei adalah hari dimana Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 kepada Pakatan Harapan sekaligus hilang kuasa setelah berkuasa selama 60 tahun.
Recommended