'Tuduhan ini hanya nak tunjukkan semua salah Lim Guan Eng'
  • 4 years ago
Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan dua pertuduhan Berkaitan pelupusan harta milik kerajaan negeri kepada syarikat pemaju yang dikenakan kepadanya hari ini adalah untuk merosakkan reputasinya.

Beliau turut menjelaskan empat percanggahan dalam dua pertuduhan hari ini termasuk tiada wang rasuah ditemui dalam pemilikannya dan isterinya, dan projek itu ditawarkan melalui tender terbuka.

Selain itu katanya, pembayaran dibuat kepada Konsortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) perlu mendapat kelulusan daripada pegawai kerajaan negeri setelah mendapat persetujuan daripada firma perunding kejuruteraan profesional bebas.

Menurutnya Lim lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengesahkan pada 2019 bahawa syarikat itu tidak melakukan rasuah.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=679049742818049&ref=watch_permalink