Syarikat perlombongan bijih besi dakwa dianiaya Kerajaan Terengganu, buat laporan SPRM
  • 5 years ago
Pengarah urusan syarikat bijih besi hari ini mendakwa Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berbohong kepada media mengenai status sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.

R Rajagopal, yang syarikat Golden Mineral Sdn Bhd (GMSB) baru-baru ini memenangi tuntutan terhadap GLC - Permint Mineral Sdn Bhd (PMSB) - mendakwa bahawa Samsuri telah memberikan kenyataan palsu minggu lalu apabila beliau mengatakan bahawa PMSB telah dibubarkan.