Syarikat pembinaan buat laporan Video remaja panjat kren di Ipoh

  • 7 years ago
Selepas video aksi sekumpulan remaja tular memanjat papan tanda perkataan 'IPOH' beberapa hari lalu, kini tular pula aksi remaja melakukan aksi berswafoto dengan memanjat kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) semalam.

Rakaman tersebut dimuat naik di laman sosial dan menjadi tular, difahamkan syarikat pemaju bangunan dalam pembinaan itu sudah membuat laporan polis mengenai tindakan remaja tersebut di Balai Polis Sungai Senam susulan video tular berkenaan.

Recommended