PKP: Lebih 19,000 syarikat pembinaan mohon operasi tapi hanya 1,856 diluluskan
  • 4 years ago
Kerajaan menerima lebih 19,000 permohonan daripada syarikat dalam industri pembinaan, profesional dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat pembinaan untuk dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,856 permohonan sudah diluluskan manakala lebih 7,000 permohonan tidak diluluskan.

“Selebihnya iaitu kira-kira 8,000 permohonan masih dalam penilaian sama ada mereka memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.