'Syed Saddiq hanya mohon agihan bantuan rumah ke rumah' - Ayob Khan

  • 3 years ago
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk membuat agihan berpusat di Pejabat Parlimen Muar, sebaliknya hanya membuat permohonan agihan barangan keperluan dari rumah ke rumah.

Susulan itu, program agihan bantuan makanan yang dijalankannya diminta untuk dihentikan kerana tidak mendapat kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Muar.

Sumber video: https://www.facebook.com/157095220984667/videos/879136019340133