Syed Saddiq mohon doakan ibu jalani pembedahan kanser

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon orang ramai mendoakan keselamatan ibunya menjalani pembedahan selepas dimasukkan ke hospital semalam.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, ibunya Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dimasukkan ke hospital akibat penyakit kanser yang dihidapi sebelum ini.