Polis mohon bantuan Macau tangkap Jho Low

  • 6 years ago
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau untuk bertindak ke atas ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diburu berkaitan skandal 1MDB.

Menurutnya, polis telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau namun masih menunggu maklum balas mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi PDRM Berhad di Kuala Lumpur hari ini.