SPRM mohon Interpol tangkap Jho Low, Obaid, Mohany

  • 4 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan kepada Interpol berhubung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Low Taek Jho, Tarek Obaid dan Patrick Mahony.

Ia selepas suruhanjaya itu memfailkan pendakwaan in absentia (tanpa kehadiran) tiga individu itu untuk kes pengubahan wang haram dana 1MDB melibatkan nilai AS$69 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya memaklumkan perkara itu kepada pemberita dalam satu program di Putrajaya hari ini.

"Ini sebahagian proses di mana kita mendakwa mereka yang mungkin ada akses kepada perincian wang tersebut," katanya, sambil menambah SPRM akan mengeluarkan maklumat pendakwaan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat.

Ini merupakan waran tangkap kedua terhadap Jho Low, yang didakwa sebagai dalang utama skandal 1MDB.

Obaid dan Mahony pula adalah bekas pengarah Petrosaudi International Limited (PSI).