MPFN lulus dasar pelan ECRL, transformasi mesra alam negara
  • 7 bulan lalu
Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada Isnin telah membuat beberapa persetujuan berkenaan pelan perancangan bandar dan desa, visi transformasi masa hadapan yang lebih mesra alam serta kelestarian semulajadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa majlis itu telah bersetuju meluluskan dasar utama utama berkenaan Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).