Jika dapat laporan, saya buat sidang media - Menteri
  • 6 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata beliau telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa kenyataan telah direkodkan untuk siasatan beberapa peruntukan dana oleh Finas pada tahun 2017.

Maklumat lain katanya, perlu diumumkan oleh SPRM kerana berisiko menjejaskan siasatan.

Gobind berkata demikian kepada wartawan hari ini selepas lawatan ke pejabat Finas di Petaling Jaya.

Lawatan beliau dibuat hampir seminggu selepas mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa peruntukan oleh Finas pada tahun 2017.
Recommended