Tender RM2b: Tuan Ibrahim gesa Rafizi buat laporan SPRM

  • 2 years ago
Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada SPRM jika dia mempunyai bukti mengenai tender yang didakwa diberikan secara tidak wajar oleh kerajaan sementara.

Kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air itu dibuat selepas Rafizi mendakwa ada syarikat yang dikatakan kroni Umno dijangka menerima kontrak tebatan banjir bernilai RM2 bilion melalui tender rundingan terus daripada kementerian Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, Rafizi selalu "berselindung di sebalik kata" semasa membuat dakwaan kerana tahu ia tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam satu kenyataan semalam, Rafizi menuduh kerajaan sementara cuba menganugerahkan pemberian kontrak bernilai berbilion ringgit untuk syarikat kroni.

Rafizi turut mendakwa Kementerian Alam Sekitar dan Air juga dalam proses pemberian kontrak RM2 bilion melalui tender terus kepada syarikat yang sama untuk kerja-kerja tebatan banjir di Sungai Langat 2

Source: https://www.facebook.com/paspusat/videos/460001402785035

Recommended