Tajuddin ditahan SPRM, bantu siasatan salah guna kuasa - Laporan
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman telah ditahan oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin lisan semalam, kata laporan.

Menurut laporan The Vibes, Tajuddin ditahan selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Difahamkan Tajuddin ditahan ekoran tuduhan dua kes salah guna kuasa.

Butiran pertuduhan tidak lagi diperolehi dan ia dipercayai berkaitan dengan campur tangan Tajuddin dalam urusan operasi Prasarana.