Sentimen anti-Putrajaya: Azis sahkan dipanggil bantu siasatan

  • 2 years ago
Azis Jamman (Warisan - Sepanggar) mengesahkan telah dipanggil untuk membantu siasatan polis berhubung ucapannya yang menyentuh hak rakyat Sabah di Dewan Rakyat awal bulan ini.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya menjelaskan mengapa dia satu-satunya ahli Parlimen yang dipanggil polis berhubung isu itu kerana terdapat ahli Parlimen lain yang menyentuh perkara sama semasa ucapan Bajet 2022 mereka.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=fqUvc8GdXQs