Bersatu Putrajaya buat laporan polis terhadap Dong Zong
  • 4 years ago
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Putrajaya bersama Gerakan Revolusi Anak Malaysia (GERAM) membuat laporan polis terhadap Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Mereka menggesa pihak polis supaya menghalang kongres yang bakal dianjurkan kumpulan pendidikan Cina itu yang mahu membantah pelaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular.

Laporan polis itu dibuat sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah memberi amaran kepada penganjur untuk membatalkan kongres tersebut.

Mereka meminta pihak polis menyiasat dan menghentikan kongres itu yang dikhuatiri boleh membawa kepada perbalahan kaum.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.