MP mahu adu ke SPRM mengenai '19 lot tanah' meragukan
  • 6 years ago
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penjualan dan transaksi 19 lot tanah yang dimiliki oleh Yayasan Kuala Lumpur jika terdapat sebarang keraguan.

Lip Eng mendakwa kebanyakan penjualan tanah itu berlaku dibawah pentadbiran bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang terdahulu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau juga akan meminta Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Khalid Abdul Samad untuk membekukan semua urus niaga yang melibatkan lot tanah tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi Tengku Adnan untuk mengulas dan sedang menunggu maklum balas dari beliau.

Tengku Andan adalah menteri sejak 2013 sehingga pilihan raya umum baru-baru ini. Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah yayasan Kuala Lumpur sejak 28 Jun 2013, dan masih disenaraikan sebagai pengarah dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Rekod SSM adalah sehingga 9 Feb 2018 iaitu sebelum pilihan raya.