Gerakan Tuntut 1.0 mahu SPRM lihat kandungan CD, serah memorandum pada Latheefa
  • 5 years ago
Gerakan Tuntut 1.0 menyerahkan memorandum dan cakera padat (CD) 'bukti' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut integriti badan itu dikembalikan dengan menyiasat kes rasuah berprofil tinggi.

Pengerusinya, A’zlan Abu Bakar berkata CD tersebut dapat membantu SPRM untuk membuka semula kertas siasatan kes rasuah yang didakwa ‘disenyapkan’ oleh pihak tertentu namun enggan mendedahkan isi kandungannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar pekarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Kredit video: Umno Online