EKSKLUSIF- 'Perjuangan Hamzah adalah balas dendam terhadap Anwar Ibrahim' - Dr M

  • 4 years ago
Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin telah beralih kesetiaan dari Umno kepada Bersatu hanya kerana satu alasan iaitu untuk membalas dendam kepada Anwar Ibrahim.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini semalam, bekas perdana menteri itu berkata Hamzah telah merancang untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri sejak sekian lama.

Namun di dalam temubual itu, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab permusuhan antara keduanya, yang menurutnya bersifat peribadi.