Perjuangan kita adalah perjuangan rakyat bersama - Wan Azizah
  • 5 years ago
Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan seluruh anggota parti agar tidak lupa bahawa perjuangan PKR adalah kerana perjuangan rakyat.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) merangkap Timbalan Perdana Menteri berkata beliau mahu perjuangan PKR sebelum ini, diteruskan kerana parti berkenaan tertubuh hasil perjuangan daripada titik peluh rakyat.

"Semua perjuangan kita adalah perjuangan rakyat bersama," katanya dalam ucapan sempena sambutan 20 tahun PKR di Seremban, malam tadi.

Turut hadir, Presiden PKR Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Syed Husin Ali; Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.