Video: Lelaki ditemui mati dalam kereta selepas empat hari

  • 8 years ago
Mayat seorang lelaki ditemui di dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir selama empat hari lalu di hadapan Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang.

Mayat ditemui di tempat duduk pemandu dalam keadaan mengembung dan mangsa berumur 41 tahun didapati berasal dari Shah Alam berdasarkan dokumen di dalam kereta. 

Mayat didapati reput sebahagian dan mula mengeluarkan bau busuk menyebabkan orang ramai berkumpul di sekeliling kereta. dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.