Menteri ulas isu remaja mati selepas muat naik status undian di 'IG Story'
  • 5 years ago
Ketika ditanya mengenai kes seorang remaja perempuan yang dijumpai mati di tempat letak kereta di Batu Kawa, Kuching, semalam, selepas memuat naik status “Really important, Help me to choose D(Death) or L (Life)”di 'Instagram Story' yang mendapat undian 69 peratus untuk mati, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan meneliti perkara itu dan mencari jalan penyelesaian supaya perkara tersebut tidak berulang lagi.

"Saya telah arahkan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dapatkan fakta dan selepas itu mungkin ada keperluan untuk polis jalankan siasatan.

"Saya rasa pada masa yang sama kita mahu lihat bagaimana Akta Komunikasi dan Multimedia dapat mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Ramadan anjuran Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), malam tadi.