Anwar ulas pelawaan masuk ahli Umno ke PKR
  • 5 years ago
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat pelawaan untuk menarik ahli Umno untuk masuk ke dalam parti itu, namun beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan langkah tersebut.

Katanya, ini kerana parti itu telahpun mempunyai majoriti yang mencukupi serta mahu menjaga integriti dalam perjuangan supaya tidak mengganggu reformasi dan arus perubahan yang ingin dicapai.