Tiada tindakan disiplin, Saifuddin ulas teguran Anwar pada Pemuda PKR
  • 5 years ago
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada tindakan tatatertib dikenakan kepada penganjur majlis berbuka puasa yang menyelitkan acara pesta, pancaragam lagu dan bunga api.

Katanya, pihaknya hanya sekadar memberi teguran kepada Pemuda PKR dengan memaklumkan bahawa kepimpinan parti berasa canggung dengan program itu.

“Setakat teguran sahaja dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Parti (MPP) semalam. Kita nyatakan agak canggung sedikit keadaan itu, terutama ketika 10 terakhir Ramadan.

“Kelazimannya, malam 10 terakhir ini masyarakat Islam memanfaatkannya untuk meningkatkan amal ibadah, menjaga tertib dan tingkah laku,” katanya.

Saifuddin kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Pendengaran Tribunal Rayuan Persaingan di kementeriannya hari ini.