Saifuddin, Shamsul, Xavier antara calon menteri PKR
  • 6 years ago
Antara nama yang dikemukakan PKR sebagai calon menteri kabinet kepada Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad ialah Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution, naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Xavier Jayakumar.

Shamsul berkata beliau dimaklumkan kebanyakan kepimpinan tertinggi PKR dimasukkan ke dalam senarai calon menteri.

Katanya kepada Malaysiakini, Shamsul berkata beliau tidak tahu portfolio kabinet mana yang diminta PKR kerana surat yang mengandungi senarai nama itu dihantar terus oleh presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, Shamsul berkata tidak pasti jika naib presiden Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli dimasukkan ke dalam senarai itu.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Nurul Izzah tidak mahu jawatan dalam kabinet.