Pergi bulan balik bulan, Idris ulas isu tol
  • 5 years ago
Naib Presiden PAS Idris Ahmad mempersoalkan cadangan Pakatan Harapan untuk tidak mengenakan tol bagi beberapa lebuh raya bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi.

Idris menyifatkan cadangan itu sebagai lawak dan mempersoalkan sama ada ia merupakan sebahagian kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

Beliau berkata demikian dalam ceramah jelajah rakyat di Kampar, pada Ahad lalu.

Dua hari lalu, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan pemegang utama konsesi empat lebuh raya, Gamuda Berhad.

Lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan pada waktu puncak selama enam jam sehari, manakala kadar tol dihapuskan pada waktu puncak antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Idris menambah, PH seharusnya berterus terang berhubung janji manifesto untuk menghapuskan tol secara berperingkat.