'Tak adil samakan, beri peluang penjelasan' - MB S'gor ulas isu PJD Link
  • 3 years ago
Adalah tidak adil bagi pengkritik cadangan Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) untuk menyamakan projek itu dengan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang sebelum ini dibatalkan di bawah menteri besar sebelumnya.

Itu yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam satu temubual eksklusif bersama Malaysiakini.

November lalu, Malaysiakini melaporkan kebimbangan beberapa pesatuan penduduk Petaling Jaya bahawa jalan raya PJD Link yang dicadangkan akan menjadi seperti projek Kidex, yang dibatalkan pada tahun 2015 oleh menteri besar ketika itu, Mohamed Azmin Ali di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor sebelumnya.