Rara terima komen lucah selepas muat naik dua video

  • 7 years ago
Gara-gara memuat naik dua video edar kurma di bazar ramadan di Batu 9, Cheras, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman kecewa apabila dirinya dikaitkan dengan simbol seks.

Dalam luahan di Twitter semalam, video yang dimuat naik Rara di Facebooknya menerima banyak komen-komen lucah yang disifatkan sangat melampau dari kalangan lelaki.

Menurut Ahli Majlis Perbandaran Kajang itu lagi, sampai ke tahap gambar kakinya pun dijadikan bahan lucah, walaupun beliau hanya berpakaian baju kurung ketika mengedarkan kurma.

Malah, ada juga yang menggelarkannya sebagai pelacur dan iblis.

Rata-rata netizen bersikap positif luahan Rara dan meminta bersabar dengan komen-komen negatif yang diterimanya.