Keluarga minta penjelasan, selepas bapa dijangkiti Covid-19 ketika terima rawatan
  • 3 years ago
Sebuah hospital kerajaan di Selangor diminta supaya memberi penjelasan berhubung Covid-19 yang menjangkiti seorang pesakit ketika menerima rawatan di hospital itu.

Peguam, Wan Azmir Wan Majid berkata, anak guamnya, Siti Syakirah Mohd Rum mahu mendapatkan kepastian mengenai perkara itu kerana telah menyebabkan kematian bapanya, Mohd Rum Anuar pada 21 Jun lalu.

Dia berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada 5 Mei lepas untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan membuang ketumbuhan usus.

Katanya, Allahyarham disahkan bebas daripada jangkitan virus Covid-19 ketika dimasukkan ke hospital berkenaan.