Pelepasan cukai buat ibu bapa jalani rawatan, ambil vaksin Covid-19 - Timb Menteri
  • 3 years ago
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah hari ini menjelaskan pelepasan cukai akan diberikan kepada ibu bapa, termasuk untuk pasangan dan anak-anak mereka yang terpaksa menjalani rawatan dan mengambil vaksin Covid-19 jika didapati positif virus itu.

Sementara itu, anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer bertanya sekiranya Kementerian Kesihatan akan menerima tawaran Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sebagai orang pertama diuji vaksin Covid-19.

Mohd Shahar bagaimanapun berkata, soalan itu perlu diajukan kepada KKM.