'Rundingan terus memang dibenarkan cuma PH dah janji tiada rundingan terus'
  • 4 years ago
Timbalan Menteri Kewangan 1, Abdul Rahim Bakri menolak gesaan untuk menyenaraikan 101 projek yang mendapat kontrak melalui rundingan langsung semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah..

Sebaliknya beliau mempertahankan kontrak rundingan langsung dan mengatakan ia menjadi masalah kerana PH telah berjanji dalam manifestonya untuk tidak memberi sebarang kontrak rundingan langsung.

Perkara itu timbul ketika Saifuddin Nasution Ismail (Harapan-Kulim Bandar Bharu) meminta kerajaan mendedahkan senarai 101 projek tersebut, yang menurutnya tidak sukar untuk dilakukan
Recommended