Selepas Ong, Pua juga bakal tak bertanding PRU15?
  • 2 years ago
Susulan pengumuman Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming semalam untuk tidak menyertai PRU15, spekulasi bertiup kencang bahawa Ahli Parlimen Damansara Tony Pua mungkin akan mengikuti jejak langkahnya.

Menurut Sin Chew Daily, sumber DAP menyebut 'seorang pemimpin yang dahulunya bersama kumpulan elit' dalam parti mungkin membuat keputusan yang serupa.