'Setahu saya, Ong satu-satunya MP DAP tak bertanding PRU15'

  • 2 years ago
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menolak khabar angin bahawa lebih ramai ahli parlimen daripada parti itu akan memilih untuk tidak bertanding dalam PRU 15 akan datang.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan mengikut jejak Ong.