'Saya bukan orang luar datang bertanding sini'

  • 5 years ago
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang cabaran dalam kempen beliau setakat ini dalam usaha mempertahankan kerusi Rantau.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kelebihan menjadi anak jati di Rantau memudahkan beliau berkempen kerana kebanyakan sudah menegnali beliau.