'Kita kalah bukan soal logo, perlu terbuka PKR bertanding logo sendiri'
  • 2 years ago
Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata mendakwa tinjauan dalaman pihaknya menunjukkan penggunaan logo PKR boleh memenangkan mereka sehingga 10 peratus lebih undi Melayu manakala sokongan dalam kalangan pengundi bukan Melayu tidak akan berubah.

Sebelum ini, DAP mendakwa kegagalan PH menggunakan satu logo telah menjejaskan sokongan gabungan kerana ia menunjukkan kekurangan perpaduan.

Dia berkata demikian pada majlis PKR di Setiawangsa, Kuala Lumpur disiarkan secara atas talian di Facebook semalam.