'Saya berasa amat sedih dengan apa yang menimpa selepas kekalahan'
  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau sedih dengan apa yang diperlakukan terhadapnya dan keluarga selepas kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke- 14 lalu.

Mengakui tidak menjangkakan BN akan tewas, Najib berkata beliau dan keluarga terpaksa melalui detik sukar.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung di laman sosial Facebook bersama pendakwah bebas Ahmad Husam Baderudin, hari ini.

"Memang saya berasa amat sedih dengan ada yang telah menimpa saya selepas kekalahan. Pertama, saya tidak menduga akan kalah kerana kita buat banyak kebaikan untuk negara, untuk rakyat, tapi malangnya seperti mana ustaz kata semuanya telah tertutup dengan fitnah.

"Bila saya dah kalah memanglah saya dengan keluarga melalui ujian yang cukup berat, tetapi apa yang menyebabkan kami tenang kerana kami percaya pada kebenaran.

"Mudah-mudahan...kami berdoa kepada Allah SWT moga-moga kebanaran akhirnya muncul juga," katanya.