Siti Kasim kritik Syed Saddiq selepas hantar memo sokong Waytha
  • 5 years ago
Peguam dan aktivis Siti Kasim mengkritik tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempertahankan hak Pemuda Bersatu menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy dipecat.

Kata Siti Kasim, ramai tidak mengetahui bahawa Waythamoorthy bekerja keras menyelesaikan masalah Orang Asli, di sebalik tuduhan liar yang mengaitkan menteri itu dengan insiden rusuhan di kuil Seafield bulan lalu, demi kepentingan politik pihak tertentu.

Jelas Siti Kasim, walaupun Syed Saddiq bertindak atas platform Pemuda Bersatu, namun beliau yang menjadi menteri kepada rakyat Malaysia wajar mengemukakan masalah itu di dalam mesyuarat Kabinet.

Menurutnya lagi, beliau mendapat maklumat bahawa sesetengah pengundi di kawasan Syed Saddiq kecewa dengan tindakan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik Mahathir Abu Bakar Yahya kira-kira jam 11.30 pagi tadi.