Video: Cubaan rompak bank digagalkan pengawal keselamatan

  • 7 years ago
Cubaan merompak di Bank UOB cawangan Taman Ria Jaya, Sungai Petani oleh seorang lelaki dipatahkan oleh pengawal keselamatan pagi tadi.

Berita Harian Online melaporkan saksi berkata mendengar tiga das tembakan dalam kejadian terbabit tetapi cubaan suspek gagal selepas dihalang pengawal keselamatan.

Difahamkan suspek menyerbu masuk ke dalam bank sekitar jam 8.30 pagi.

Akibat kejadian itu, pengawal keselamatan terbabit mengalami kecederaan di kaki dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim manakala semua kakitangan bank dilaporkan selamat.

Suspek telah berjaya ditahan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan insiden rompakan dalam tempoh terdekat.