Gagal rompak bank di Kelantan

  • 6 years ago
Cubaan seorang lelaki bersenjatakan parang untuk merompak sebuah bank gagal selepas berjaya diberkas oleh orang awam .

Lelaki terbabit yang memakai topi keledar dan menutup muka ditahan pukul 3.30 petang.

Dia yang berusia 27 tahun sebelum itu memasuki premis bank membawa sebilah parang panjang.

Suspek tiba-tiba melompat kedalam kaunter dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan dan kakitangan bank terbabit.

Pada masa sama kakitangan bank menghubungi polis yang tiba lima minit kemudian dan berjaya menahan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian tersebut.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan rompakan.

Polis turut merampas sebilah parang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.