Pistol syarikat diguna untuk rompak bank

  • 7 years ago
Susulan kes cubaan rompak Bank UOB di Taman Ria Jaya, Sungai Petani pagi tadi, suspek yang berjaya ditahan disahkan sebagai bekas tentera dan berkerja sebagai pengawal keselamatan.

Polis berkata suspek menggunakan pistol jenis Smith Wesson milik syarikat tempat suspek bekerja untuk melakukan rompakan.

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi cubaan suspek berjaya dipatahkan pengawal keselamatan bank berkenaan dengan berlaku pergelutan antara mereka serta kakitangan bank.

Pengawal keselamatan terbabit cedera akibat terkena tembakan di kaki ketika pergelutan dan polis tiba seminit selepas pergelutan berlaku.

Suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.